Sunday, August 22, 2010

12 Ramadhan 1431

Sudah 12 hari berpuasa, Alhamdullilah, semua anak-anak menjalani ibadah ini tanpa masalah, well..semenjak Syafiq , Yazid dan Imran masuk darjah satu, mereka berpuasa penuh [kecuali demam]. My 3 sons mempunyai sejarah yang sama bila masuk alam persekolahan [7tahun], berhenti minum susu botol, bersunat dan berpuasa.
Apa "umpan" mereka untuk berpuasa. Mereka memberi cuma satu syarat: "mama kena masak".
Kita habis kerja pukul 5, sampai dirumah pukul 6. Start memasak pukul 615...sejam kemudian..janji untuk anak-anak terlaksana. Hari yang ke-12, baru sekali membeli kat pasar ramadhan dan baru sekali miss berbuka dengan anak-anak [urusan pejabat].
Amrir Imran [pic] dah 10 tahun, Amir Yazid 17 dan Amir Syafiq 21..all grow up but still baby to me!..

Amir Imran, 1 tahun 2001.

Sunday, August 15, 2010

Juadah berbuka hari ini...




Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
Gula pasir secukupnya
Pati santan secukup cair
Daun pisang* secukupnya dibuat sarung empat persegi



Cara:
Bancuhkan tepung gandum, pati santan dan garam hingga sebati, tidak terlalu pekat dan terlalu cair. Apabila telah pekat dan sebati boleh diangkat. Sementara itu bubuhkan sesudu teh gula pasir ke dalam setiap acuan empat persegi daun pisang. Tuangkan adunan ke dalam setiap acuan hingga selesai semuanya. Kemudian kukuslah hingga masak.

Daun pisang dari pokok yang ditanam sendiri.


Sikit hari lagi..goreng pisang pula, have to make it crispy..the way my hubby and kids like it.

Saturday, August 14, 2010

Akar Dani

Hari ini kami menanam pokok Akar Dani. We bought it at a bargain..I think..well sebenarnya tak tahu nilai sebenarnya..tapi apek kat nusery kat Toll Rawang tu kasi RM20.00, kira murah lah tu. Bunga dah banyak. The best thing about this plant..dia sangat wangi .
Nama saintifik nya Quisqualis indica.






Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.



Wednesday, August 4, 2010

Puasa kali Ke2

Dah setahun lebih tak update..rumput kat garden pun di potong beberapa kali. Buzy excuse yang baik,tapi sebenarnya..terlupa password !
Tahun ini , tahun kedua kami menyambut puasa di sini.
Hari ini juga ambil foto famili untuk buat kad raya dan family calling card.
Nak ambil gambar famili penuh korum memang susah..bila nak ambil ada saja yang bad mood..tapi bila dah start click, semua very supportive,maybe they did it for their mum.