Saturday, August 14, 2010

Akar Dani

Hari ini kami menanam pokok Akar Dani. We bought it at a bargain..I think..well sebenarnya tak tahu nilai sebenarnya..tapi apek kat nusery kat Toll Rawang tu kasi RM20.00, kira murah lah tu. Bunga dah banyak. The best thing about this plant..dia sangat wangi .
Nama saintifik nya Quisqualis indica.






Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.



No comments:

Post a Comment